Perbankan Malaysia HSBC_Bank_Malaysia_Berhad

HSBC Bank Malaysia adalah bank asing terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai perkhidmatan peribadi dan komersil dari rangkaian cawangan dan saluran langsung. Bank itu mempunyai rangkaian 40 cawangan di seluruh negara.

Selain itu, HSBC telah menawarkan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia sejak tahun 1994. Pada tahun 2007, bank itu menubuhkan anak perbankan Islamnya HSBC Amanah Malaysia Berhad.